suria

Bukan sengaja cipta kontroversi, Ranveer Singh tak tahu ‘post’ gambar bogel boleh undang masalah

Ranveer akan dipanggil semula untuk beri keterangan.

PELAKON Ranveer Singh akhirnya tampil memberi kenyataan di Balai Polis Mumbai, India susulan satu laporan dibuat ke atas dirinya kerana memuat naik gambar bogel di laman Instagram.

Menurut laporan Bollywood Hugama, aktor tersebut hadir ke balai polis pada Isnin dan menjalani tempoh soal siasatan selama dua jam.

Dalam rekod keterangan, Ranveer memberitahu gambar yang dimuat naik itu bukan bertujuan untuk menimbulkan sebarang kontroversi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ranveer Singh minta tempoh hadir siasatan kes gambar bogel

Sementara itu, pelakon filem Bajirao Mastani tidak sedar ia boleh mendatangkan satu masalah kepada dirinya seperti yang terjadi sekarang.

Ranveer bakal dipanggil untuk menjalani sesi soal jawab sekali lagi.

Sebelum ini, satu laporan dibuat oleh sebuah badan NGO berhubung gambar yang dimuat baik oleh Ranveer atas dakwaan ia boleh menimbulkan rasa kurang senang dan penghinaan terhadap kaum wanita.

Selepas laporan dibuat, Ranveer dikehendaki tampil memberi keterangan pada 22 Ogos lalu namun dia meminta tempoh penangguhan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain