suria

Bekas suami ajak Dewi Perssik bersemuka, mahu selesaikan semua kemelut

WhatsApp Image 2022-08-29 at 7.53.25 PM

BEKAS suami kepda penyanyi Dewi Perssik berharap mereka dapat bersemuka dan meluahkan apa yang terbuku di hati meskipun sudah tiada lagi ikatan suami-isteri di antara mereka.

Angga berkata, dia mahu menyelesaikan segala kemelut di antara mereka dan bukannya menggunakan Instagram atau pihak media bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

“Memang ada rasa mahu berjumpa. Saya mahu bercakap dari hati ke hati.

“Mungkin ada kata-kata buruk yang saya sampaikan sebelum ini. Jika semuanya sudah tenang harap dapat berjumpa dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Joseon Survival Period’ ditemui tak bernyawa, sempat tinggal nota untuk peminat

“Saya ada bercakap dengan peguamnya. Namun dia sibuk dengan jadual kerja,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

Angga hadir ke Mahkamah Negeri Jakarta Selatan pada Isnin bagi proses bacaan ikrar talak.

Angga dan Dewi mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Pada 20 Jun lalu Angga memfailkan cerai terhadap Dewi.

Selepas sah bercerai, Dewi mendedahkan sikap buruk bekas suaminya itu yang didakwa selalu mengambil kesempatan menaikkan harga tawaran menyanyi untuk kepentingan sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain