suria

Cemburu lihat Sunny Leone berlakon aksi seks, suami sendiri turut bergelar bintang porno

Sunny Leone mendedahkan dia dan suami, Daniel Webber pernah bergelar pelakon lucah.

SEBELUM bergelar bintang terkenal Bollywood, Sunny Leone mengakui pernah berlakon dalam filem porno bersama suaminya iaitu Daniel Webber.

Sunny menjelaskan dia memilih bergelar pelakon lucah kerana berasa hampa percubaan melangkah masuk ke dunia Bollywood tidak menjadi.

Berkongsi pengalaman sebagai pelakon lucah, Sunny memberitahu Daniel yang ketika itu adalah teman lelakinya sering berasa cemburu dan tidak sanggup melihat dirinya disentuh lelaki lain ketika penggambaran.

241499266_381549990043887_4101453612775599656_n

Daniel tak selesa Sunny disentuh lelaki lain.

Disebabkan rasa cemburu, Daniel tidak mempunyai pilihan lain selain turut serta terjun ke industri filem lucah bersamanya.

"Dia tidak selesa saya bekerja dengan lelaki lain dalam filem lucah maka dia turut bekerja dengan saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya kecewa tiada adegan cium dengan Reza Rahadian

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai seminggu kembali solo, Leonardo DiCaprio kini tagih cinta Gigi Hadid

Karier mereka sebagai pelakon lucah hanya dalam tempoh singkat kerana mula mendapat tempat dalam industri perfileman Bollywood.

Bagaimanapun 'badi' sebagai bintang porno tetap melekat pada diri Sunny malah namanya sering dikaitkan dengan perkara kontroversi selain banyak tawaran meminta dia berlakon watak berbentuk sensual.

Sunny dan Daniel berkahwin pada 2011 dan mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain