suria

Luna Maya kecewa tiada adegan cium dengan Reza Rahadian

Luna Maya kecewa tiada adegan bercium bersama Reza Rahadian.

SELEBRITI terkenal Indonesia, Luna Maya meluahkan rasa kecewa apabila dirinya tidak berkesempatan melakukan babak cium bersama hero Indonesia, Reza Rahadian.

Menurut portal Celebrity, Luna menyatakan bahawa dia cemburu pelakon Marissa Anita yang mempunyai adegan bercium dengan Reza.

"Jujur aku kecewa kerana aku tak ada adegan ciuman di sini. Aku cemburu sama Marissa. Semua gandingan Reza ada adegan ciuman. Cuma aku saja tak ada," ujarnya.

275977293_479601020375453_1436450647473151419_n

Luna Maya gembira impian berlakon dengan Reza tercapai.

Perkara itu diluahkan oleh pelakon berkenaan ketika pelancaran filem Mendarat Darurat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon berusia 39 tahun itu gembira apabila dapat berlakon bersama Reza yang merupakan salah satu impiannya.

"Kita tahu bahawa Reza merupakan salah satu pelakon terbaik Indonesia, jadi aku gemuruh ketika pertama kali bertemu Reza," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya dikejarkan ke hospital selepas sahut cabaran makan pedas... netizen kata gimik untuk ‘content’ YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal berpuasa di Amerika Syarikat, Luna Maya pasang niat khatam al-Quran

Dalam pada itu, Luna turut berterima kasih kepada MD Pictures yang telah menjadikan impiannya untuk berlakon dengan Reza menjadi satu kenyataan.

Sekadar infomasi, filem Mendarat Darurat mengisahkan tentang Glenn Prasetya dilakonkan Reza Rahadian yang telah berkahwin dengan Maya dilakonkan Marisaa Anita.

Glen dikatakan telah keluar kota dengan menaiki kapal terbang namun sebenarnya dia tinggal di hotel bersama perempuan simpanannya iaitu Kania yang dilakonkan Luna Maya.

Namun, keadaan menjadi rumit apabila kapal terbang yang sepatutnya dinaiki itu terlibat dalam kemalangan dan ramai menyangka dia menjadi mangsa dan telah meninggal dunia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain