HASRAT anak kepada komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Alyssa Daguise tidak kesampaian apabila mereka kini sudah putus cinta. Mengesahkan perkara tersebut, ibu kepada Al Ghazali iaitu Maia Estianty memberitahu anak lelakinya itu membuat keputusan untuk berpisah selepas melakukan solat Istikarah. “Sebenarnya Al Ghazali sudah membuat persiapan sesuatu yang besar buat bekas kekasihnya kerana niat mereka mahu serius. Mia mengesahkan anaknya sudah tiada hubungan dengan Alyssa. “Maka dia disuruh melakukan solat Istikarah. Selepas solat dia mendapat jawapan dari Allah dan akhirnya mereka berpisah,” katanya. Sementara itu Al Ghazali menjelaskan hubungan dia dengan Alyssa sudah berakhir sejak enam bulan lalu dan reda atas perpisahan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Al Ghazali didakwa dah kahwin senyap-senyap... Ini komen Ahmad Dhani “Aku pasrah dengan ketentuan Allah. Aku sudah ikhlaskan. “Awalnya memang terasa kehilangan cuma apabila banyak yang memberi sokongan tidak lagi rasa begitu,” jelasnya. Al Ghazali dan Alyssa sudah menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun dan kisah mereka sering menjadi perhatian umum sehingga dikatakan sudah berkahwin secara senyap. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI