suria

Madonna taksub dengan seks pada usia 64 tahun, tak berminat kahwin lagi

Madonna mengakui kini dia taksub terhadap seks.

PENYANYI Madonna mengakui taksub dengan hubungan seks meskipun usianya sudah mencecah 64 tahun.

Madonna menjelaskan seks adalah punca yang membuatkan dia mampu bertahan mengharungi pelbagai perkara dalam hidupnya.

"Hubungan seks adalah kegemaran saya sekarang. Banyak perkara yang telah saya lakukan dalam hal itu," katanya.

Madonna membuat kenyataan berani itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

149696819_215982720228836_7996597694851429675_n

Madonna pernah mendirikan rumah tangga dengan Sean Penn dan Guy Ritchie.

Lebih mengejutkan lagi, penyanyi berkenaan turut mendedahkan menyesal telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum ini.

Penyanyi lagu Vogue itu menyifatkan perkahwinannya sebelum ini seperti penjara dan dia tidak dapat menjadi dirinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Madonna pilih untuk buat sendiri filem biopik tentang kisah hidupnya

"Saya berkahwin dua kali tetapi ada masanya saya rasa seperti berada di penjara, saya tidak dibenarkan untuk menjadi diri sendiri," jelasnya.

Untuk rekod, Madonna pernah berkahwin dengan aktor Sean Penn pada 1985 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Penyanyi veteran itu kemudiannya berkahwin dengan pengarah Guy Ritchie pada 2000 dan bercerai pada 2008.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain