suria

Bengang Victoria Beckham dapat pujian melambung, Nicola Peltz menangis tak dapat perhatian

Nicola dan Brooklyn berkahwin pada April lalu.

MENANTU kepada David Beckham dan Victoria Beckham iaitu Nicola Peltz-Beckham dilaporkan menangis ketika majlis resepsi perkahwinannya sebelum ini.

Nicola didakwa menangis kerana tersinggung dengan ucapan disampaikan oleh penyanyi Marc Anthony yang memuji betapa hebatnya Victoria sebagai selebriti berjaya dan bukannya memberikan kata-kata tahniah kepadanya dan suami, Brooklyn Beckham.

Daily Mail melaporkan Nicola seorang yang gemarkan perhatian namun tidak menyangka ibu mentuanya yang mendapat 'spotlight' pada hari bahagianya.

NICOLA

Perkenalan selama tujuh bulan membawa ke jinjang pelamin

Tidak hanya itu, Nicola turut dikatakan kecewa apabila Victoria 'mencuri' lagu tarian pertamanya bersama Brooklyn apabila bekas anggota kumpulan Spice Girls itu tampil menari bersama anak lelakinya ketika lagu itu berkumandang.

ARTIKEL BERKAITAN: Brooklyn Beckham bertunang dengan pelakon Transformers, Nicola Peltz

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu jawab isu tak seteru dengan Victoria Beckham gara-gara gaun pengantin

Sebelum ini pernah timbul khabar angin hubungan Nicola Peltz dan Victoria Beckham tidak baik kerana ada dakwaan mengatakan Nicola enggan memakai busana pilihan Victoria di hari perkahwinannya.

Namun pelakon itu menjelaskan terdapat perubahan di saat-saat akhir sehingga dia membuat keputusan untuk memakai gaun pengantin putih rekaan Valentino pada majlis yang diadakan pada 9 April lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain