suria

Akaun iCloud digodam, foto V BTS cium dahi Jennie Blackpink tersebar

Foto memperlihatkan V mencium bahagian dahi Jennie tersebar.

KECOH jadinya apabila foto peribadi milik bintang kpop terkenal iaitu Jennie Blackpink tular di media sosial.

Menerusi beberapa keping foto yang tersebar itu, salah satu daripadanya mendapat perhatian peminat apabila terdapat gambar memperlihatkan V daripada kumpulan BTS mencium bahagian dahi Jennie.

Foto tersebut disebarkan menerusi akaun Twitter menggunakan nama @gurumiharibo termasuk beberapa aksi mesra lain kedua-dua bintang terkenal berkenaan.

Bagaimanapun akaun Twitter tersebut telah dinyahaktifkan selepas foto tersebut sudah tersebar luas dalam kalangan peminat.

Foto V Jennie

Antara foto peribadi milik Jennie yang tersebar di Twitter.

Antara foto lain yang tersebar adalah mereka sedang membuat panggilan video bersama.

Memetik laporan Allkpop, penyebaran foto-foto itu mencetuskan kebimbangan peminat dan ramai berpendapat akaun iCloud Jennie telah digodam.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pink Venom’ ungguli carta iTunes dalam tempoh 24 jam, Blackpink tewaskan Nicki Minaj

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'bengang' konsep muzik video Blackpink hampir sama dengan Aespa

Di Twitter, nama kedua-dua bintang itu turut menjadi trending selain peminat melancarkan kempen Protect Jennie bagi menuntut keadilan atas penularan gambar peribadinya.

Malah mereka turut mendesak syarikat pengurusan artis itu, YG Entertainment dan Big Hit Music agar mengambil tindakan terhadap pelaku.

Sementara itu, peminat turut membuat spekulasi bahawa kedua-dua bintang terkenal itu mempunyai hubungan istimewa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain