BUKAN sekali, tetapi sudah banyak persembahan penyanyi Keisya Levronka menyampaikan lagu berjudul Tak Ingin Usia dikritik gara-gara ‘terkucil’ atau gagal mencapai nada sepatutnya di beberapa bahagian. Mengakui masih gementar melihat penonton, Keisya juga memberitahu masalah sekeliling yang berlaku sebelum dia mula menyanyi boleh mempengaruhi kualiti persembahan. “Ketika lakukan sound check semua baik-baik sahaja. Tetapi apabila live keadaan jadi berbeza. Saya gementar apabila melihat orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terkucil’ nyanyi live, Keisya Levronka terlalu gementar sampai hilang nafas... Bakal duet lagu baharu dengan Nabila Razali “Jika ada masalah lain yang berlaku seperti salah seorang pemain muzik lewat hadir juga boleh mempengaruhi. Saya akan terfikir masalah tersebut sehingga naik ke atas pentas,” katanya. Baru-baru ini ketika membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) di Wisma MBSA Shah Alam, Keisya juga dilihat gagal menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Keisya yang menerima Anugerah Lagu Berbahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Artis Luar Negara pada malam tersebut memberitahu perasaan teruja selepas menerima trofi membuatkan dia tidak dapat memberi fokus ketika menyanyi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI