suria

Kerap luang masa bersama, Johnny Depp jalin hubungan cinta dengan peguam sendiri

Rich dilihat hadir ke sesi perbicaraan Depp berhubung kes saman fitnah terhadap bekas isteri sebelum ini.

PELAKON Johnny Depp kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang peguam berasal dari United Kingdom bernama Joelle Rich.

Mengesahkan hal berkenaan, satu sumber seperti yang dipetik dari People memaklumkan pasangan itu sering meluangkan masa bersama namun masih belum ke tahap yang serius.

"Mereka bercinta, namun ia bukanlah sesuatu yang serius," jelas sumber berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dokumen saman fitnah terbongkar, Johnny Depp didakwa mati pucuk

Rich merupakan peguam yang bertanggungjawab mengendalikan kes saman Depp terhadap sebuah akbhar susulan penerbitan satu artikel berunsur fitnah pada tahun 2020.

Wanita itu juga dilihat hadir dalam sesi perbicaraan Depp ketika berdepan kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard sebelum ini.

Sebelum ini, nama Depp juga pernah dikaitkan dengan peguam yang mengendalikan kes berkenaan iaitu Camille Vasques.

Namun kedua-kedua menafikan wujud hubungan istimewa antara mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain