PENYANYI rap, Post Malone terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sukar bernafas dan sakit di bahagian dada. Memetik laporan Mirror, kesakitan yang dilalui penyanyi rap berusia 27 tahun itu dipercayai kesan daripada kemalangan di atas pentas semasa melakukan persembahan di St Louise, Missouri, baru-baru ini. Ketika kejadian tersebut, Post Malone atau nama sebenarnya Austin Richard Post hanya mendapatkan rawatan selama 15 minit sebelum kembali semula ke pentas untuk meneruskan persembahannya. Post Malone terjatuh ketika lakukan persembahan di St Louise, Missouri. Bagaimanapun, keadaan penyanyi berkenaan semakin teruk dan terpaksa dikejarkan dihospital. Bukan itu sahaja, Post Malone juga dikatakan telah membatalkan konsert di Boston, Massachusetts yang sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini. Menerusi akaun Instagram penyanyi berkenaan, dia meminta maaf pada peminatnya yang menantikan konsert di Boston itu selain memberitahu keadaan dirinya. ARTIEKL BERKAITAN: Zayn Malik ‘unfollow’ IG selepas gosip cinta Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio bertiup kencang! ARTIKEL BERKAITAN: Robert Pattinson lelaki paling tampan di dunia... Kajian pakar bedah plastik dapati raut wajah hampir sempurna "Boston, saya sangat menyayangi kamu semua. Saya rasa sihat malam tadi tetapi hari ini saya rasa berbeza dari sebelumnya. "Saya mengalami masalah sukar bernafas dan sakit yang menusuk sehingga menyukarkan untuk bergerak. Saya berada di hospital sekarang. Dengan rasa sakit ini saya tidak boleh buat persembahan," katanya. Walau bagaimanapun, Post Malone memaklumkan akan kembali membuat persembahan selepas keadaannya semakin membaik. Post Malone janji bakal lakukan persembahan semula selepas sihat. "Tiket untuk persembahan kali ini akan sah sehingga penjadualan semula. Saya rasa teruk tetapi saya janji akan menebusnya semula. "Saya akan jumpa awak tidak lama lagi. Saya minta maaf, Love Austy," katanya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI