PELAKON Amber Heard tidak berasa terganggu dengan berita mengatakan bekas suaminya, Johnny Depp kini sedang hangat bercinta dengan peguamnya, Joelle Rich. Sumber terdekat kepada pelakon itu sebaliknya tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa selain kini memberi tumpuan cara mendapatkan wang bagi menampung kehidupan selepas kalah dalam kes saman fitnah terhadap bekas suaminya itu sebelum ini. "Amber tidak memberi perhatian tentang perkara berkaitan dengan Johnny apatah lagi dengan siapa dia bercinta. Dia hanya mahu meneruskan kehidupannya seperti biasa tanpa mencampuri sebarang urusan bekas suaminya itu," kata sumber berkenaan seperti dilaporkan Marca. Amber Heard tak ambil peduli kisah cinta Johnny Depp bersama peguam. Johnny dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Joelle yang merupakan peguam bela aktor itu ketika menentang kes saman fitnah terhadap Amber di United Kingdom sebelum ini. Pelakon filem The Pirates of Caribbean itu bagaimanapun kalah dalam saman tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard didakwa sewa anak demi raih simpati peminat kes fitnah Johnny Depp ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati penampilan Johnny Depp di VMA 2022, adik Amber Heard kutuk MTV! Bagaimanapun, Johnny memenangi kes saman fitnah terhadap Amber yang dibicarakan di Amerika Syarikat pada Jun lalu. Dalam pada itu, Amber dilaporkan terpaksa menjual beberapa hartanah miliknya bagi membayar ganti rugi berjumlah US$10.35 juta (RM55 juta) kepada aktor itu. Tidak hanya itu, aktres itu turut menanggung hutang yang banyak termasuk perlu membayar pasukan peguam membelanya di mahkamah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI