SELEBRITI terkenal Victoria Beckham menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat apabila tatu yang dicacah dengan nama suaminya David Beckham telah dibuang. Peminat perasan tatu yang dicacah pada pergelangan tangannya itu sudah tiada apabila Victoria memuat naik video tutorial solekan di Instagramnya baru-baru ini. Kehilangan tatu tersebut telah menimbulkan tanda tanya tentang rumah tangga pasangan itu dan adakah ia satu petanda bahawa mereka sedang dilanda masalah. "Kenapa awak buang tatu itu, Victoria?," soal pengikutnya di laman sosial itu. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Gangsta's Paradise’, Coolio ditemukan mati dalam bilik air ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berdiam diri, Hailey Bieber buka mulut tuduhan punca Justin Bieber dan Selena Gomez berpisah Bagaimanapun, itu bukan kali pertama bekas anggota kumpulan Spice Girls itu membuang tatu pada tubuhnya. Sebelum ini, Victoria pernah membuang tatu berbentuk nombor roman 'VIII-V-MMVI' pada pergelangan tangan kanannya yang merujuk kepada tarikh dia dan David memperbahrui ikrar perkahwinan mereka iaitu 8 Mei 2006. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI