ISTERI kepada Justin Bieber iaitu Hailey Bieber akhirnya membuka mulut mengenai dakwaan kononnya merampas penyanyi itu daripada Selena Gomez. Hailey yang muncul dalam siaran podcast bersama Alex Cooper pada Rabu sebelum ini didakwa penyebab hubungan Justin dan Selena berantakan sebelum pasangan itu mengakhiri hubungan mereka selepas lapan tahun bercinta. Model itu memberitahu sudah tiba masanya dia mengulas mengenai semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya. "Ada banyak perkara yang saya elak daripada bercakap selama ini. Saya tidak pernah terfikir pun untuk membuka mulut dan memberitahu situasi sebenar. Peminat mendakwa Hailey menjadi punca keretakan hubungan Justin dan Selena. "Orang perlu tahu kisah sebenar kerana ada kebenaran di sebaliknya," katanya. Ketika ditanya Alex sama ada dia pernah mempunyai hubungan dengan Justin ketika penyanyi lagu Baby itu masih bercinta dengan Selena, Hailey menyangkal perkara itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta dengan isteri orang, kekasih Johnny Depp sanggup tinggal dua anak ARTIKEL BERKAITAN: Saintis hantar mesej nak berkenalan selepas Kim Kardashian beritahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai teman hidup Kata Hailey, ketika mereka mula berkawan, bercinta dan seterusnya berkahwin, Justin tidak terikat dengan mana-mana perhubungan cinta. "Itu bukan karakter saya untuk mengganggu perhubungan orang lain, saya tidak akan berbuat demikian. "Saya dibesarkan dengan nilai moral yang lebih baik berbanding apa diperkatakan tentang saya. Saya tidak berminat merosakkan hubungan orang dan tidak sesekali melakukan perkara itu. Pasangan ini berkahwin pada September 2018. Untuk rekod, pasangan itu berkahwin selepas beberapa bulan Justin dan Selena berpisah pada September 2018. Ekoran perkahwinan itu, peminat menyalahkan Hailey dan mendakwa dia sebagai perosak hubungan Justin dan Selena yang sudah memasuki tahun kelapan. Bagaimanapun, hubungan pasangan itu sering dilanda badai apabila beberapa kali mengumumkan perpisahan sebelum kembali berbaik sehinggalah mereka membuat keputusan membawa haluan masing-masing pada 2018. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI