NETIZEN meluahkan rasa iri hati terhadap pengurus Blackpink kerana sering menerima hadiah jenama mewah daripada ahli kumpulan itu. Seorang netizen telah mencipta siaran forum komuniti dalam talian dengan tajuk ‘Jennie menghadiahkan iPhone 14 Pro Max kepada pengurusnya’ pada Selasa. Netizen turut menyertakan tangkap layar kiriman media sosial pengurus Jennie itu yang menunjukkan foto iPhone 14 Pro Max baharu. Jennie tidak lokek sentiasa memberi hadiah mewah kepada pengurus. “Terima kasih untuk iPhone 14 Pro Max”, tulisnya. Pengurus penyanyi itu dilihat menyebut nama Jennie untuk mengucapkan terima kasih atas hadiah mahal yang diterima. ARTIKEL BERKAITAN: Jisoo Blackpink dedah sikap pelik, gemar mandi hanya separuh badan ARTIKEL BERKAITAN: Akaun iCloud digodam, foto V BTS cium dahi Jennie Blackpink tersebar Hal ini menimbulkan rasa iri hati dalam kalangan peminat terhadap pengurus selebriti itu kerana sering menerima pemberian mahal seperti percutian dan hadiah ulang tahun kelahiran. “Pengurus Jisoo (Blackpink) juga banyak berkongsi hadiah yang diterima menerusi instagram. Keempat-empat mereka menjaga pengurus dengan baik. Tangkap layar yang dimuat naik oleh pengurusnya di media sosial. “Blackpink mempunyai wang paling banyak di antara semua kumpulan kpop wanita. “Saya sangat cemburu! Seronok melihat mereka melayan orang sekeliling dengan baik,” tulis peminat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI