suria

Saintis hantar mesej nak berkenalan selepas Kim Kardashian beritahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai teman hidup

Kim Kardashian tidak berminat jalinkan hubungan cinta.

SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian nampaknya sudah tidak berminat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki selepas rumah tangga bersama penyanyi rap, Kanye West kecundang.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Kim ketika ditanya soal teman hidup dalam temu bual program Kelly & Ryan pada Isnin lalu.

"Sama sekali tidak ada," katanya.

277291245_267344982268287_3364165339075290145_n

Kim mahu fokus pada anak-anak dan diri sendiri.

Bagaimanapun bintang Keeping Up With The Kardashians itu mengakui dia berkemungkinan akan mencari cinta lelaki bukan dalam kalangan orang industri hiburan sebagai teman hidup.

"Sebelum ini saya pernah cakap untuk berkenalan dengan doktor ataupun sainstis. Jadi, beberapa orang peguam dan juga saintis ingin berkenalan dengan saya. Tetapi saya belum bersedia," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil memukau, Kim Kardashian sekali lagi bergaya ala Marilyn Monroe

ARTIKEL BERKAITAN: Ray J dedah Kim Kardashian dan ibunya dalang penyebaran video seks mereka 15 tahun lalu

Kim juga memaklumkan bahawa dia kini hanya mahu menumpukan hidupnya bersama anak-anak yang sedang membesar.

"Saya tak mencari sesiapa. Saya rasa cukup untuk fokus pada diri sendiri dan meluangkan masa bersama anak-anak," katanya.

Untuk rekod, Kim baru sahaja bercerai dengan Kanye sebelum menjalinkan hubungan bersama pelawak, Pete Davidson.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain