suria

Dua Lipa dan Trevor Noah makan malam bersama... siap berpeluk mesra macam pasangan bercinta

Aksi mesra Dua dan Trevor curi tumpuan ramai.

PENYANYI Dua Lupa kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengacara Trevor Noah selepas kedua-duanya dilihat berpelukan mesra selepas makan malam bersama di sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.

Menurut sumber seperti yang dipetik dari Daily Mail, pasangan selebriti ini dilihat memilih meja berjauhan dengan pengunjung lain ketika di premis tersebut.

Kemudian apabila selesai makan malam bersama, Dua dan Trevor berjalan berpegangan tangan dan dilihat bercium sambil berpelukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Dua Lipa, Anwar Hadid dilanda krisis... dua-dua sibuk dengan kerja

"Mereka duduk jauh dari orang lain ketika di restoran itu. Jelas kelihatan mereka seperti pasangan bercinta dan duduk rapat sepanjang makan malam.

"Selepas itu mereka meninggalkan restoran tersebut dan jalan bersama. Kemudian kedua-dua berpelukan dan bercium," jelas sumber yang melihat aksi mereka.

Untuk rekod, Dua sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Anwar Hadid iaitu adik kepada model terkenal Gigi Hadid.

Manakala Trevor pula pernah bersama pelakon Minka Kelly pada tahun 2020 namun hubungan mereka hanya bertahan selama satu tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain