suria

Westlife kembali ke Malaysia bikin konsert Februari tahun depan

Westlife bakal beraksi di siri jelajah ‘The Wild Dreams Tour’.

KUMPULAN pop popular Westlife bakal kembali ke Kuala Lumpur pada Februari tahun depan dalam siri konsert jelajah ‘The Wild Dreams Tour’.

Konsert ini bakal berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Weslife menerusi satu kenyataan turut berkongsi keterujaan untuk bertemu dengan peminat di seluruh Asia, termasuklah di Singapura, Taiwan dan Bangkok.

westlife12

Westlife teruja untuk bertemu peminat di Asia.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa tiket konsert di Singapura kini sudah mula dijual dan telah menambah tarikh baru di Kuala Lumpur, Kaohsiung dan Bangkok!”

“Kami tidak sabar untuk berjumpa anda tidak lama lagi,” tulis mereka di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat teruja! OneRepublic umum adakan konsert di KL, Mac tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Dewa 19, Rizky Febian kini giliran Afgan umum konsert di Kuala Lumpur

Tiket konsert dijual pada harga bermula daripada RM294 hingga RM884 bagi setiap kategori.

Peminat boleh mendapatkan tiket secara atas talian bermula 11 Oktober pukul 11 pagi.

Sementara itu, tiket pra-jualan akan mula dibuka pada 10 Oktober 2022 pada pukul 11 pagi di Main Atrium, Lalaport BBCC.

westlife11

Westlife bakal menemui peminat di Singapura, Taiwan, Bangkok dan Kuala Lumpur.

Untuk info, Westlife dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Shane Filan dan Mark Feehily yang popular menerusi lagu My Love, Flying Without Wings, If I Let You dan banyak lagi.

Kali terakhir Westlife menganjurkan konsert di Malaysia tiga tahun lalu menerusi ‘The Twenty Tour 2019 LIVE in Kuala Lumpur’ yang dihadiri 14,000 penonton yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain