suria

YG Entertainment ambil tindakan terhadap individu sebar foto peribadi Jennie Blackpink

Agensi mahu ambil tindakan terhadap penyebar foto Jennie.

PIHAK pengurusan YG Entertainment memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengedar foto peribadi Jennie Blackpink.

Menurut laporan Koreaboo, YG Entertainment menjelaskan tindakan akan diambil terhadap individu pertama yang menyebarkan foto peribadi ahli kumpulan kpop wanita itu.

"Kami secara rasmi telah meminta pihak polis untuk menyiasat pengedar asal foto peribadi Jennie Blackpink.

"Pihak kami juga telah memantau kes ini dan menyerahkan aduan pada September lalu selepas mengumpul beberapa maklumat yang diterima," jelas pihak pengurusan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun iCloud digodam, foto V BTS cium dahi Jennie Blackpink tersebar

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat iri hati Jennie Blackpink beri hadiah iPhone 14 Pro Max kepada pengurus

Sebelum ini, YG Entertainment tidak memberi sebarang kenyataan bagi mengawal keadaan, namun situasi menjadi teruk sehingga melibatkan fitnah dan pelanggaran privasi.

Pihak pengurusan juga menegaskan tindakan perkongsian foto tersebut dianggap sebagai kesalahan kedua dan tertakluk kepada hukuman undang-undang.

"Kami benar-benar meminta anda untuk mengelakkan perkongsian foto peribadi secara melulu," tambah mereka lagi.

Untuk info, pengguna Twitter yang dikenali sebagai GurumiHaribo telah menyebarkan foto peribadi ahli kumpulan BTS, V bersama Jennie.

Salah satu foto yang tersebar itu memperlihatkan V mencium bahagian dahi Jennie.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain