suria

Gara-gara promosi mata wang kripto, Kim Kardashian terpaksa bayar denda RM5.8 juta

Kim Kardashian berbesar hati selesaikan masalah sejak awal lagi.

SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian telah didenda lebih USD 1 juta atau RM4.6 juta selepas didakwa mempromosikan mata wang kripto melalui media sosialnya pada Jun lalu.

Memetik Mirror News, bintang berusia 41 tahun itu juga perlu membayar penaliti serta faedah sebanyak USD1.26 juta (RM5.8 juta) akibat pertuduhan tersebut mengikut Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC).

Menurut pihak SEC, bintang The Kardashians itu bersetuju untuk menyelesaikan pertuduhan dengan denda tersebut dan berkerjasama dengan pihak berkuasa meskipun tidak mengaku bersalah.

Kim Kardashian sedia berkerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS.

"Tanpa mengakui atau menafikan perkara tersebut, Kim bersetuju untuk membuat bayaran denda berkenaan. Dia juga bersetuju untuk tidak mempromosikan sebarang iklan berkaitan kripto selama tiga tahun," katanya.

Pihak SEC juga memaklumkan bahawa tindakan Kim adalah pengajaran buat selebriti dan orang ramai kesalahan mempromosikan pelaburan tidak sah sedemikian.

Sementara itu, peguam kepada Kim memaklumkan bahawa bintang berkenaan berbesar hati untuk menyelesaikan masalah ini dengan pihak SEC.

ARTIKEL BERKAITAN: Saintis hantar mesej nak berkenalan selepas Kim Kardashian beritahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai teman hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil memukau, Kim Kardashian sekali lagi bergaya ala Marilyn Monroe

Tambahnya, Kim bersedia sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah berkenaan sejak awal lagi dan bersedia membantu pihak SEC berkenaan isu tersebut.

Terdahulu, Kim memuat naik di media sosial tentang penawaran aset kripto namun tidak mendedahkan berapa bayaran yang diterima pengiklanan tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain