suria

Rizky Billar gagal dikesan, hilang selepas didakwa pukul Lesti Kejora

Rizky masih gagal dikesan selepas dakwaan pukul isteri.

PELAKON terkenal Indonesia, Rizky Billar hilang tanpa dapat dikesan sejak tular kes mendakwa dia melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya iaitu Lesti Kejora.

Memetik laporan Detik, wakil peguam kepada Lesti memaklumkan pihak mereka juga gagal mendapatkan sebarang maklum balas daripada Rizky berhubung kontroversi tersebut.

"Kami belum mendapatkan sebarang khabar dari Rizky Billar. Pihak kami bagaimanapun akan cuba menghubungi wakil pengurusannya nanti," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lama terbongkar, Rizky Billar didakwa pernah jadi gigolo dan ada anak dengan wanita lain

Sementara itu, Rizky dikhabarkan hadir ke sebuah hospital bagi melawat isterinya yang sedang menerima rawatan akibat kecederaan selepas dipukul.

Bagaimanapun, pengamal media yang turut berada di sana mendakwa Rizky hanya berada dalam kenderaan.

Sebelum itu, pihak polis juga gagal bertemu Rizky ketika mereka hadir ke kediamannya terletak di kawasan Cilandak, Jakarta Selatan bagi menjalankan siasatan.

Menurut laporan terbaharu, Rizky dijadualkan hadir memberi kenyataan di balai polis berhubung kes berkenaan pada Khamis ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain