AHLI kumpulan kpop wanita IVE, Wonyoung memang dikenali sebagai seorang gadis ramping, namun baru-baru ini peminat mula bimbang melihat penurunan berat badannya secara drastik. Jang Wonyoung, 18, dikatakan terlalu sibuk dengan jadual kerja yang padat kerana populariti dikecapinya kini. Memetik laporan Allkpop, peminat bimbang jika penyanyi ini kehilangan lebih banyak berat badan. Jadual kerjanya yang padat menambah kebimbangan peminat. Lebih-lebih lagi apabila melihatnya terpaksa berulang alik dari Korea ke Paris pada hari yang sama. Rata-rata peminat meninggalkan komen kebimbangan dan berharap agar penyanyi itu tidak mempunyai masalah kesihatan. ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun tak datang Malaysia, Lee Min Ho tersentuh sambutan peminat tetap macam dulu ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Korea Selatan buat tinjauan sama ada BTS perlu jalani latihan ketenteraan "Saya sangat berharap dia tidak mengalami eating disorder. "Akhirnya ada juga individu yang peka tentang hal ini. Saya lihat Wonyoung semakin kurus dan ia sangat membimbangkan. "Tolong beri dia berehat, pihak pengurusan mereka seperti mengeksploitasinya dengan jadual kerja yang tidak henti. Wonyoung kini sibuk berulang-alik ke Paris bagi menghadiri sesi pertunjukan fesyen. "Oh my God tengok sahaja lengannya!" tulis netizen. Untuk info, Wonyoung berlepas ke Paris sekali lagi pada 2 Oktober lalu untuk menghadiri Paris Fashion Week 2022. Sebelum ini, IVE melakukan comeback dengan lagu single ‘After LIKE’ dan berjaya menduduki tangga pertama di pelbagai carta muzik Korea. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI