suria

Tampil separuh bogel di Paris Fashion Week, Bella Hadid buat kejutan dengan gaun semburan cecair khas

Bella Hadid tampil dalam rekaan gaun Coperni di Paris Fashion Week.

SUPERMODEL Bella Hadid tampil berani di Paris Fashion Week dengan mengenakan gaun diperbuat daripada cairan khas yang disembur pada tubuhnya.

Bella, 25, membuat kejutan berjalan separuh bogel di pertunjukan fesyen busana Coperni, menutup payu daranya dengan tangan dan hanya memakai seluar dalam berwarna putih.

Setibanya di pentas peragaan, Bella berdiri tegak sambil pasukan juruteknik menyembur lapisan putih pada tubuh badannya yang terdedah itu.

bella1

Cecair khas yang disembur bertukar menjadi sepasang gaun.

Model itu dilihat mengangkat tangannya satu demi satu sambil kerja-kerja semburan dilakukan perlahan-lahan sehingga berubah menjadi gaun.

Gaun itu diperbuat daripada Fabrican, fabrik yang boleh disembur seterusnya mengeras menjadi pakaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Viral wajah zaman remaja, Bella Hadid mengaku menyesal bedah hidung

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Chuer akui terganggu digelar ‘Bella Hadid‘, buktikan mampu jadi diri sendiri

Kemunculan Bella di pentas runway itu tular dengan ramai memperkatakan tentangnya.

Rata-rata peminat menyamakannya dengan pertunjukan fesyen Alexander McQueen Spring 1999 yang mana model Shalom Harlow berpusing ketika dua robot menyembur cat kuning dan hitam pada pakaian putihnya.

bella2

Supermodel terkenal dunia yang sering mendapat perhatian ramai.

"Bella memberi vibes McQueen.

"Bella menggembalikan era supermodel dan dia sangat sempurna!" tulis netizen.

Untuk info, Coperni dikenali dengan gayanya yang berani malah pereka fesyen ini menjadi tular pada April lalu dengan rekaan dompet kaca buatan tangan yang digayakan oleh Kylie Jenner dan Doja Cat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain