SETELAH tiga bulan menghilang, pelakon Amber Heard akhirnya dikesan sedang berada di Sepanyol bersama anaknya, Oonagh Paige. Memetik laporan TMZ, Amber kini berada di Palma de Mallorca yang turut ditemani oleh rakan karibnya, Bianca Butti. Menerusi gambar yang tersebar, Amber dilihat gembira bermain dengan anaknya di atas buaian serta berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut. Amber Heard dilihat luangkan masa bersama anak dan rakan karib. Difahamkan, pelakon ini memilih untuk meninggalkan Hollywood dan menjalani hidup dengan lebih tenang di tempat yang tiada mengenalinya. Kali terakhir Amber dilihat adalah pada bulan Jun lalu ketika menaiki sebuah jet peribadi selepas kalah dalam kes saman yang difailkan terhadap bekas suaminya, Johnny Depp. ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard tak peduli Johnny Depp bercinta peguam sendiri, sibuk cari wang bayar saman ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard didakwa sewa anak demi raih simpati peminat kes fitnah Johnny Depp Namun tidak dapat dipastikan sama ada Amber ke Sepanyol hanya untuk bercuti mahupun bakal berpindah ke negara itu. Ini kerana Amber masih lagi memiliki urusan rayuan terhadap kes saman terhadap Johnny yang sedang berjalan dan menanti perbicaraan. Amber kini dilaporkan tidak mempunyai sebarang projek lakonan malah produksi sebuah filem telah menggugurkan namanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI