suria

Buat video ‘prank’ lapor polis keganasan rumah tangga, Baim Wong teruk kena kecam

Baim dan isteri juga hadir ke balai polis mohon maaf.

PELAKON Baim Wong menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen gara-gara video prank keterlaluan yang juga melibatkan pihak berkuasa tempatan.

Susulan apa yang berlaku, Baim tampil memohon maaf dan mengakui ia adalah kesilapan diri sendiri selain terbuka menerima teguran orang ramai selepas ini.

"Saya mohon maaf atas kesalahan yang dibuat. Kita harus menghormati institusi pemerintahan.

"Saya terima semua teguran. Sememangnya harus seperti itu. Jadi tolonglah tegur jika saya buat salah. Teruslah menegur supaya saya boleh belajar," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong kongsi detik anak sulung bersunat, tetap gementar biarpun bukan kali pertama

Baim sebelum itu meminta isterinya iaitu Paula Verhoeven hadi ke balai polis daerah Kebayoran Lama bagi membuat laporan berkenaan isu keganasan rumah tangga terhadapnya.

Sedar tindakan sengaja membuat content sebegitu adalah satu tindakan salah, Baim bagaimanapun merasakan dirinya ego wlaau sudah dinasihati isteri agar tidak berbuat demikian.

"Sebenarnya Paula sudah mengingatkan saya tentang hal ini. Namun disebabkan ego saya tetap buat," jelasnya seperti yang dipetik dari Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain