suria

Lesti Kejora sudah keluar hospital, enggan pulang rumah kerana masih trauma dipukul Rizky Billar

Lesti Kejora trauma nak pulang ke rumah.

PENYANYI Lesti Kejora dibenarkan pulang ke rumah selepas empat hari ditahan di hospital bagi menerima rawatan kecederaan yang dialaminya selepas didakwa menjadi mangsa pukul suaminya, Rizky Billar.

Memetik laporan Detik.Com, Lesti mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah sebaliknya memilih kediaman lain yang lebih selamat.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes Pol E Zulpan, Lesti kini berada tempat yang selamat namun dirahsiakan lokasi.

271300601_1354561514983142_389647485193806478_n (1)

Lesti Kejora trauma dipukul suami, Rizky Billar.

"Lesti tidak mahu serumah dengan Muhammad Rizky kerana trauma. Lesti kini berada di tempat yang tidak perlu saya katakan tetapi dia berada di tempat selamat," katanya.

Berkongsi tentang perjalanan kes ini, pihaknya menyatakan bahawa polis kini sedang menyiasat tiga orang saksi keganasan yang berlaku pada penyanyi berkenaan.

Pihaknya juga telah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah pasangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa bercinta dengan transgender, Isa Zega tampil perjelas hubungan dengan Rizky Billar

ARTIKEL BERKAITAN: Cekik dan pukul Lesti Kejora! Polis panggil Rizky Billar beri keterangan dakwaan keganasan rumah tangga

"Penyiasat telah mengambil keterangan saksi yang merupakan pembantu rumah pasangan tersebut dan juga pekerja Leslar Entertaiment. Polis juga telah mendapatkan bukti lain di CCTV rumah mereka," katanya lagi.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah memanggil Rizky Billar untuk disoal siasat berhubung keganasan rumah tangga yang dilakukan terhadap Lesti Kejora.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain