suria

Park Soo Hong dikejarkan ke hospital, dibelasah bapa sendiri

Park Soo Hong cedera selepas diserang oleh bapanya sendiri.

GERAM kerana tidak menghormati keluarga, Park Soo Hong dikejarkan ke hospital akibat diserang oleh bapanya sendiri.

Pelawak dari Korea Selatan itu diserang oleh bapanya ketika menghadiri sesi pemeriksaan balas kerana kes penyelewengan melibatkan abangnya.

Namun begitu, bapa Park Soo Hong dalam keterangannya berkata dia bertindak sedemikian kerana berasa geram dengan sikap anaknya itu.

"Dia sepatutnya memberi salam kepada ibu bapanya dengan betul kerana kami sudah tidak berjumpa selama setahun setengah.

Temp-830x553 (12)

Park Soo Hong dikejarkan ke hospital selepas diserang bapanya sendiri.

"Abangnya yang berada di sana dan berpakaian penjara pun dia tidak tanya khabar atau meminta maaf," katanya.

Tambah bapanya lagi, mereka sekeluarga sentiasa menyokong kerjaya Park dan tidak kisah membantunya menguruskan perkara lain di rumah tetapi layanan diterima membuatkannya kesal.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat V BTS serang Instagram Jennie Blackpink gara-gara isu 'follow' IG

Ahli keluarga yang lain turut berasa sedih dan terkilan kerana dilayan seperti binatang dan membuat abangnya terlihat seperti pencuri.

Saksi kejadian berkata bapa pelawak tersebut telah menendang dan menyerangnya sehingga Park cedera.

Bapanya juga didakwa mengugut untuk menikamnya namun pelawak itu bernasib baik kerana dia tidak mempunyai sebarang senjata ketika itu.

Terdahulu, pelawak tersebut memfailkan saman terhadap abangnya kerana dituduh menyeleweng dan mencuri duit yang dianggarkan ratusan ribu ringgit sejak 10 tahun lalu.

Selain itu, abangnya juga didakwa menyeleweng wang sebanyak RM100,000 sebelum ditangkap dan sedang disiasat pihak berkuasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain