suria

Penyanyi Indonesia Pamungkas dianggap jijik, tergamak gosok telefon peminat pada alat sulit

Kelakuan tidak senonoh penyanyi ini menjadi trending di laman Twitter.

PENYANYI terkenal Indonesia, Rizki Rahmadian Pamungkas dikecam hebat peminat ekoran melakukan aksi jelik dengan menggosokkan telefon milik peminat pada bahagian alat sulitnya.

Pamungkas, 29, melakukan tindakan itu selepas mengambil telefon milik peminat ketika mengadakan persembahan di Synchronize Festival 2022 yang berlangsung di Jakarta.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, Pamungkas mengambil telefon milik peminat sebelum mengambil beberapa foto dirinya dan menggosokkan alat elektronik itu ke bahagian alat sulitnya.

pamungkas1

Aksi Pamungkas yang berjaya dirakam peminat.

Pamungkas kemudiannya memulangkan telefon berkenaan dan tindakannya itu mendapat sorakan penonton.

Bagaimanapun, menerusi media sosial, tindakannya itu dikecam hebat peminat yang rata-rata menyifatkan perbuatan itu sebagai jijik.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Noh Salleh panas lagi, kali ini meludah ke arah penonton konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Meerqeen cium dahi pelawak Indonesia jadi perhatian, rupanya ada kisah sedih di sebalik perkongsian video Kiky Saputri

"Entah apa dalam fikirannya sampai sanggup melakukan perbuatan itu. Sumpah menjijikkan.

"Penonton yang bersorak atas tindakannya itu pun jijik!

pamungkas2

Ramai peminat kecewa dengan tindakannya itu.

"Saya rasa mulai hari ini saya tidak mahu lagi mendengar muziknya. Percayalah, Pamungkas sedang menggali kuburnya sendiri. Kariernya bakal berakhir," komen netizen.

Kelakuan tidak senonoh penyanyi itu menjadi trending di laman Twitter dengan tanda pagar #Pamungkas dan #Jijik pada Sabtu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain