suria

Dua Lipa mengaku lebih seronok hidup ‘single’... tutup gosip cinta dengan Trevor Noah

Kenyataan Lipa menolak dakwaan hubungan cinta bersama Noah.

PENYANYI Dua Lipa memberitahu dia kini menikmati kehidupan seharian lebih baik selepas sekian lama tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Kenyataan Lipa itu sekaligus menutup gosip kononnya dia sedang bercinta dengan pengacara Trevor Noah.

"Setelah sekian lama, ini adalah tahun pertama saya tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Saya rasa lebih baik bersendirian dan hanya memikirkan tentang diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Lipa dan Trevor Noah makan malam bersama... siap berpeluk mesra macam pasangan bercinta

"Bagaimanapun apabila sudah bertemu dengan seseorang yang boleh melembutkan hati dan buat saya bertenang, ia akan jadi sesuatu berbeza," katanya menerusi satu temubual di sebuah saluran podcast iHeartradio.

Kisah hubungan rapat antara Lipa dan Noah sebelum ini menjadi bualan ramai apabila mereka dilihat makan malam bersama di sebuah restoran di New York.

Bukan hanya duduk semeja, malah mereka juga berpegangan tangan dan berpelukan selepas keluar dari premis berkenaan.

Lipa sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Anwar Hadid iaitu adik kepada model terkenal Gigi Hadid.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain