suria

Minta izin tunai umrah melalui WhatsApp... Lesti Kejora dianggap tak hormat Rizky Billar sebagai suami

Peguam pertikai tindakan Lesti memaklumkan tentang mengerjakan ibadah umrah melalui WhatsApp.

UMUM mengetahui penyanyi Lesti Kejora kini sedang mengerjakan umrah meskipun rumah tangga bersama Rizky Billar masih lagi berdepan konflik dan menjadi perbualan ramai.

Memetik laporan Detik Hot, Lesti dikatakan dia sudah meminta izin Rizky untuk menunaikan ibadah umrah melalui pesanan WhatsApp.

Bagaimanapun, tindakan Lesti sebagai seorang isteri itu tidak disenangi pihak Rizky.

Pihak Rikzy persoal sikap Lesti yang minta izin suami melalui WhatsApp.

Menurut peguam dilantik Rizky iaitu Ade Erfil, penyanyi dangdut itu sepatutnya bertemu suaminya terlebih dahulu sebelum berangkat ke Tanah Suci pada 8 Oktober lalu.

"Seharusnya isteri yang elok itu sepatutnya datang ke rumah suaminya untuk meminta izin sebelum pergi. Dia masih suami isteri.

"Kalau hanya melalui WhatsApp apakah itu disebut sebagai isteri yang baik. Rizky kan masih suami dia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar lafaz cerai terhadap Lesti Kejora, peguam dakwa pasangan itu sudah berbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar tak mengaku pukul Lesti Kejora, kini dalam keadaan tertekan

Dalam pada itu, Ade juga berharap maruah Rizky sebagai suami tidak dipandang sebelah mata oleh Lesti sebaliknya perlu tetap dijaga.

"Hanya kerana dia kaya? Jadi dia boleh lakukan sesuka hati melalu WhatsApp. Mana harga diri suaminya?," katanya lagi.

Konflik rumah tangga pasangan ini menjadi perbualan hangat netizen sejak hujung September lalu.

Terbaharu media tempatan melaporkan bahawa Rizky telah menjatuhkan talak satu kepada Lesti ketika mereka bertengkar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain