PENYANYI Rex Orange County didakwa di Mahkamah Southwark Crown, London atas tuduhan melakukan gangguan seksual sebanyak enam kali terhadap seorang wanita. Rex atau nama sebenarnya Alaxander O'Connor dikatakan terlibat dengan perlakuan tersebut sebanyak dua kali pada 1 Jun lalu di kawasan West End. Manakala, empat lagi dakwaan adalah dalam sebuah teksi selain di kediamannya di Notting Hill. ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar tak mengaku pukul Lesti Kejora, kini dalam keadaan tertekan Menerusi satu kenyataan, wakil kepada Rex memaklumkan penyanyi tersebut terkejut sekaligus menafikan segala tuduhan yang dibuat ke atas dirinya. "Rex sengat terkejut dengan dakwaan tersebut. Dia menafikan hal berkenaan dan akan mencari jalan untuk membersihkan nama di mahkamah. "Dia tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana kes ini masih dalam perbicaraan," jelas wakil berkenaan seperti dipetik dari The Sun. Rex hadir ke mahkamah bagi mendengar sebutan kes tersebut pada 10 Oktober lalu dan dibenarkan ikat jamin tanpa syarat tambahan. Tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 3 Januari 2023. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI