suria

The Rock tak minat bertanding jadi presiden Amerika, lebih suka habiskan masa bersama anak-anak

The Rock tak minat sertai dunia politik.

PELAKON Dwayne 'The Rock' Johnson tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bertanding merebut jawatan presiden Amerika Syarikat seperti didakwa sebelum ini.

Menerusi temu bual bersama CBS News Sunday Morning, pelakon berusia 50 tahun itu menyangkal dakwaan tersebut meskipun sebelum ini pernah memberitahu ingin menyertai arena politik.

"Saya sayang negara ini tetapi saya juga suka menjadi seorang bapa. Itu adalah perkara paling penting buat saya ketika ini," kata bapa tiga cahaya mata ini.

Temp-830x553 (18)

The Rock ingin memberi fokus kepada keluarga berbanding sertai politik.

Kata The Rock, menjadi seorang presiden bukan tugas yang mudah meskipun ia kedengaran hebat.

Malah dia tidak merasakan rakyat mahu seorang pemimpin sepertinya yang berkepala botak, bertatu, berketurunan Samoa dan hanya memandu sebuah trak pikap.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah mirip The Rock, pegawai polis tiba-tiba jadi popular

Menerusi akaun Twitter miliknya, The Rock bagaimanapun turut meninggalkan mesej penghargaan kepada pengikutnya yang percaya dan yakin dia mampu menjadi seorang presiden.

"Saya hargai pujian anda tetapi fokus saya sekarang adalah untuk melihat anak-anak saya membesar," katanya.

The Rock mempunyai tiga cahaya mata iaitu Simone, 21, hasil perkahwinan bersama bekas isteri Dany Garcia selain Jasmine, 6 dan Tiana, 4 hasil hubungan bersama penyanyi Lauren Hashian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain