suria

Victoria Beckham akhirnya bersuara isu buang tatu nama suami

Victoria Beckham menjawab spekulasi tentang buang tatu nama suami.

BEKAS penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham menjawab spekulasi berhubung dakwaan membuang tatu nama suami, David Beckham di pergelangan tangan.

Menurut Victoria, 48, dirinya sudah membuang beberapa tatu pada tubuh badannya sejak setahun lalu dan ini bukanlah pertama kali dia melakukannya.

"Ia hanya tidak kelihatan begitu cantik. Tidak ada maksud lain lebih daripada itu," katanya menerusi program Today with Hoda & Jenna.

Memetik laporan E News, tatu yang berada pada tubuh Victoria sudah terlalu lama dan bertukar warna kebiruan. Tidak berpuas hati dengan penampilan itu, Victoria mengambil keputusan untuk menghapuskannya.

david1

Pasangan selebriti Hollywood yang sering mendapat perhatian ramai.

"Saya agak muak dengan tatu itu," katanya ringkas.

Terdahulu, hubungan pasangan selebriti Hollywood itu dikatakan mempunyai masalah selepas Victoria membuang tatu yang berada di tengkuk hingga punggungnya sebagai ungkapan cinta kepada suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham buang tatu nama David Beckham, peminat mula spekulasi rumah tangga bermasalah

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang Victoria Beckham dapat pujian melambung, Nicola Peltz menangis tak dapat perhatian

Tatu tersebut merupakan kalimah dalam Bahasa Ibrani yang bermaksud ‘Aku adalah milik kekasihku dan kekasihku adalah milikku’.

David dan Victoria juga sering kali dilihat menghadiri pelbagai acara berbeza secara berasingan sehingga menimbulkan anggapan bahawa mereka sedang mengalami krisis rumah tangga.

Untuk rekod, pasangan ini telah berkahwin sejak 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain