suria

Megan Thee Stallion kena rompak, alami kerugian RM1 juta

Megan

PENYANYI rap, Megan Thee Stallion mendedahkan kediaman mewahnya di Los Angeles dipecah masuk perompak baru-baru ini.

Memetik laporan TMZ, Megan berkata, dua lelaki memecah masuk ke rumahnya sebelum menggeledah bilik tidurnya dan membawa lari barang berharga miliknya.

Megan bernasib baik kerana ketika kejadian dia berada di New York bagi menghadiri sebuah program televisyen.

Difahamkan, wang tunai milik penyanyi itu lesap selain barang kemas dan peralatan elektronik turut dilarikan yang dianggarkan berjumlah RM1 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock tak minat bertanding jadi presiden Amerika, lebih suka habiskan masa bersama anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham akhirnya bersuara isu buang tatu nama suami

Sementara itu, Megan memaklumkan dia masih trauma dengan insiden berkenaan dan memerlukan masa untuk berehat bagi menenangkan hati.

Menerusi hantaran di laman Twitter miliknya, Megan memberitahu dia tidak kisah dengan barang yang dicuri tetapi risau dengan keselamatan dirinya.

"Barang-barang itu semua boleh diganti tetapi saya tak rasa selamat berada di rumah sendiri. Saya penat secara fizikal dan emosi, saya perlukan rehat," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain