suria

Rizky Billar mahu tutup buku, enggan buka mulut dakwaan curang selepas Lesti Kejora tarik balik laporan polis

Rizky Billar mengaku menyesal dengan apa yang berlaku.

PELAKON Rizky Billar enggan mengulas mengenai tuduhan berkelakuan curang seleapas isterinya, Lesti Kejora menarik semula laporan polis terhadapnya baru-baru ini.

Memetik laporan Detik Hot, Rizky bagaimanapun memberitahu dia menyesal tentang perbuatan memukul Lesti sehingga aktres itumengalami kecederaan.

Katanya Rizky, perkara tersebut menjadi pengajaran besar buat dirinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

"Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Saya juga mengambil pengajaran dengan kejadian ini," katanya.

Rizky Billar selepas Lesti Kejora tarik semula laporan polis.

Rizky berkata sedemikian ketika ditemui media di Polres Jakarta Selatan.

Dalam pada itu, Rizky juga meminta doa peminatnya agar dia boleh menjadi suami yang lebih baik pada masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar mengaku masih cintakan Lesti Kejora, tak terfikir nak bercerai

Rizky turut menegaskan bahawa Lesti masih lagi isteri yang sah dan bukan sudah bercerai seperti dilaporkan sebelum ini.

"Kami akan baik-baik sahaja, Lesti masih isteri sah saya.

"Mohon semua doakan saya agar menjadi manusia, ayah serta suami yang lebih baik dan bertanggungjawab," tambahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain