suria

The Rock jadi tumpuan paparazi, cium anak Daniel Craig

Ella Loudon hadir ke tayangan perdana Black Adam lakonan The Rock.

PELAKON Dwayne 'The Rock' Johnson bertindak mencium anak perempuan bintang James Bond iaitu Daniel Craig ketika wanita itu menghadiri tayangan perdana filem terbaharunya, Black Adam di London pada Selasa lalu.

Daily Mail melaporkan The Rock, 50, bertindak mencium pipi Ella Loudon sebagai tanda penghargaan kerana menghadiri acara tersebut

Selepas memberi kucupan dan pelukan mesra, kedua-dua mereka memberi pandangan kepada lensa kamera untuk merakam gambar ketika berada di acara permaidani kuning.

Untuk rekod, Ella merupakan anak Daniel hasil perkahwinannya dengan Fiona Louden dan wanita berusia 30 tahun itu juga seorang pelakon di England.

therock2

The Rock menyambut mesra kehadiran Ella di tayangan perdana Black Adam.

Ella yang juga bekas ahli paramedik pernah membintangi filem berjudul Trauma Is A Time Machine pada 2018.

Sementara itu, The Rock tampil sebagai pelakon utama filem berkenaan yang turut dibintangi oleh Aldis Hodge, Sarah Shahi, Marwan Kenzari dan Pierce Brosnan.

ARTIKEL BERKAITAN: The Rock tak minat bertanding jadi presiden Amerika, lebih suka habiskan masa bersama anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Cruise bakal jadi pelakon pertama jalani penggambaran filem di angkasa lepas

Black Adam mengisahkan tentang Teth Adam, seorang hamba berusia 5,000 tahun yang bertukar menjadi pahlawan dengan kebolehan seperti dewa.

Filem ini dianggap sebagai spin-off dan prekuel Shazam 2019! Yang dibintangi oleh Zachary Levi.

Memetik laporan The Rock, 50, mencium pipi Ella Loudon, 30, sebelum bergambar di atas permaidani kuning.

Selepas memberikan ciuman dan pelukan mesra, pasangan itu memberikan pandangan kepada lensa kamera untuk merakamkan momen di majlis tayangan perdana berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain