suria

Olivia Wilde jawab tuduhan abaikan anak kerana sedang ‘mabuk cinta’ dengan Harry Styles

Wilde menegaskan mula rapat dengan Styles selepas putus tunang.

NAMA pelakon Olivia Wilde tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh bekas pengasuh anak-anak yang menceritakan kisah di sebalik perpisahan dia dengan tunangnya iaitu Jason Sudeikis.

Menurut laporan yang diceritakan kepada Daily Mail, wanita yang enggan namanya didedahkan itu mendakwan Wilde mempunyai hubungan sulit dengan penyanyi Harry Styles sebelum dia berpisah dengan Sudeikis.

Dalam masa sama, pelakon itu dikatakan turut mengabaikan dua orang anak bersama Sudeikis gara-gara sedang mabuk cinta dengan Styles.

olivia 2

Wilde bersama bekas tunang, Sudeikis.

Menafikan dakwaan tersebut, Wilde memberitahu dia jarang dilihat bersama anak-anak kerana mahu melindungi mereka dari menjadi tumpuan umum.

"Saya berkongsi hak penjagaan anak bersama bekas tunang. Orang membuat anggapan saya mengabaikan anak-anak disebabkan kami jarang dilihat bersama.

"Sebenarnya saya tidak membenarkan gambar anak-anak dirakam. Saya cuba melindungi mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penonton buat hal baling botol atas pentas... Harry Styles terpaksa hentikan persembahan

Wilde dan Sudeikis mula hidup bersama pada tahun 2011 dan mengumumkan perpisahan pada November 2020.

Pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Otis dan Daisy Josephine.

Sementara itu Wilde dan Styles dilihat mula rapat sejak mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah filem pada awal tahun 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain