suria

Sambutan hari jadi Kim Kardashian musnah, jet peribadi tak boleh mendarat di Las Vegas akibat cuaca buruk

Sambutan hari jadi Kim Kardashian terpaksa dibatalkan.

SELEBRITI terkenal Kim Kardashian meluahkan rasa kecewa apabila majlis ulang tahunnya yang ke-42 tidak berjalan seperti dirancang.

Memetik laporan Mirror, Kim dikatakan merancang menyambut ulang tahunnya di atas jet peribadi milik kakaknya yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.

Bukan itu sahaja, Kim juga dijangka bakal menyambut ulang tahunnya di dua negeri berbeza iaitu Los Angeles dan Vegas.

Kim Kardashian teruja sambut ulang tahun atas jet.

Mengikut perancangan, Kim bersama rakan-rakannya dikatakan akan pergi ke Las Vegas untuk menonton persembahan Usher selepas menikmati makan malam.

Bagaimanapun, malang nasib bintang Keeping Up With The Kardashians itu apabila cuaca buruk melanda sehingga menyebabkan jet tersebut tidak dapat mendarat di Vegas seperti dirancang.

ARTIKEL BERKAITAN: Saintis hantar mesej nak berkenalan selepas Kim Kardashian beritahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai teman hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara promosi mata wang kripto, Kim Kardashian terpaksa bayar denda RM5.8 juta

"Pesawat saya tidak dapat mendarat kerana angin kuat... nampaknya kami tidak dapat menonton konsert Usher. Kami akan pulang ke rumah," katanya di Instagram.

Bukan hanya Kim, adiknya Khloe juga meluahkan rasa kecewa tidak dapat pergi ke konsert Usher.

Setibanya di Los Angeles, Kim bersama rakannya cuba menghiburkan diri mereka dengan singgah ke restoran makanan segera bagi meneruskan majlis ulang tahun tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain