suria

Penyanyi rap kumpulan Migos, Takeoff maut terkena tembakan

Takeoff meninggal dunia pada usia 28 tahun.

PENYANYI rap terkenal, Takeoff daripada kumpulan Migos dilaporkan maut selepas ditembak ketika berada di sebuah pusat bowling di Houston, Texas, Amerika Syarikat pada Selasa.

Takeoff atau Kirshnik Khari Ball, 28, dikatakan terkena tembakan tersebut di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik laporan TMZ, penyanyi rap itu maut dihadapan bapa saudara dan anggota kumpulan Migos yang turut berada di tempat kejadian.

Difahamkan, Takeoff sebelum itu menghadiri sebuah parti tertutup di premis berkenaan sebelum ditembak mati.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Gangsta's Paradise’, Coolio ditemukan mati dalam bilik air

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak keruan tengok aksi menjolok mata Theo James dalam The White Lotus musim kedua

Tidak hanya itu, foto yang memaparkan dirinya terbaring kaku turut tersebar di media sosial.

Menurut saksi di tempat kejadian memberitahu berlaku pertengakaran di parti tersebut yang melibatkan Takeoff sebelum beberapa individu melepaskan tembakan secara rambang.

"Ramai orang yang berada di situ melarikan diri apabila terdengar bunyi tembakan," kata saksi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain