suria

Pelakon Yoo Ah In didakwa punca tragedi Halloween Itaewon 

Yoo Ah In didakwa punca tragedi Halloween Itaewon.

SELEBRITI terkenal Korea Selatan, Yoo Ah In dituduh sebagai punca berlakunya kekecohan pada malam perayaan Halloween yang mengorbankan 151 nyawa pada 29 Oktober lalu.

Khabar angin mengaitkan pelakon itu mula diperkatakan apabila pengunjung yang berkerumun di tempat kejadian mendakwa mereka melihat kelibat Yoo dalam keramaian dia Itaewon.

Disebabkan kelibat Yoo kecoh diperkatakan, ramai cuba mengejar dan mendekatinya sebelum berlaku rempuhan dan pengunjung jatuh ke lantai sehingga menyebabkan kekecohan sehingga meragut banyak nyawa.

Yoo Ah In tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut

Bagaimanapun syarikat pengurusan selebriti berkenaan menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan Yoo tidak berada di Itaewon pada malam kejadian.

Sebaliknya, Yoo berada di luar negara atas urusan kerja dan sehingga ke hari ini masih belum pulang ke Seoul.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Korban Halloween Itaewon ragut 149 nyawa... Tular rakaman muda-mudi terus berjoget halang ambulans

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja pakai kostum hantu? Ini fakta yang perlu anda tahu tentang Halloween

"Yoo Ah In tidak berada di Korea sejak 29 Oktober lalu dan bagaimana pula timbul cerita kononnya dia berada di Itaewon dan menyambut Halloween?

"Dia berada di luar negara atas urusan kerja dan sehinga hari ini masih belum pulang ke Korea Selatan," katanya seperti dilaporkan Allkpop.

Agensi selebriti itu bagaimanapun tidak mendedahkan keberadaan sebenar Yoo ketika ini selain selebriti itu masih mendiamkan diri berhubung dakwaan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain