PASANGAN selebriti sensasi Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora dilaporkan sedang mengalami masalah kewangan ekoran kurang mendapat tawaran gara-gara isu keganasan rumah tangga mereka baru-baru ini. Berita mengenai masalah kewangan pasangan tersebut mula diperkatakan apabila merka didakwa sudah berpindah daripada rumah mewah ke kediaman bersaiz sederhana. Abang kepada Rizky iaitu Yudie Revan bagaimanapun tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan kewangan pasangan berkenaan stabil memandangkan mereka mempunyai perniagaan dan bukan bergantung kepada karier seni semata-mata. Rizky Billar dan Lesti Kejora masih mendapat perhatian netizen sehingga kini "Rizky mungkin tidak diterima untuk tampil di mana-mana program televisyen tetapi dia ada perniagaan sendiri. "Saya yakin adik saya mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memberi nafkah kepada keluarganya," katanya menerusi temu bual di saluran YouTube Intens Investigasi. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai sebulan kembali berbaik dengan Rizky Billar, Lesti Kejora dikatakan hamil anak kedua ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak Sebelum ini, Rizky menjadi tumpuan ramai apabila didakwa memukul Lesti sehingga memaksa pelakon itu membuat laporan polis berhubung keganasan rumah tangga. Bagaimanapun Lesti mengambil keputusan memaafkan suaminya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Rizky. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI