INSIDEN Halloween di Itaewon yang mengorbankan 151 nyawa pada 29 Oktober lalu membuatkan seluruh Korea Selatan bergabung bagi menghormati keluarga mangsa yang kehilangan ahli keluarga. Malah ramai selebriti di negara tersebut turut membatalkan persembahan atau kemunculan awam bagi menghormati insiden menyayat hati itu termasuk penyanyi Lee Chan Won. Koreaboo melaporkan Lee sepatutnya mengadakan persembahan di sebuah pesta musim luruh di sebuah taman tema di Jeonnam sehari selepas kejadian tersebut namun mengambil keputusan tidak meneruskan persembahan. Lee Chan Won diserang peminat yang tidak berpuas hati. Bagaimanapun Lee tetap hadir pada acara itu dan membuat kemunculan di atas pentas menjelaskan keputusannya selain meminta peminat tidak menjerit dan bersorak untuknya. Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Lee dihamun peminat yang memenuhi ruang konsert dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya. ARTIKEL BERKAITAN: Park Soo Hong dikejarkan ke hospital, dibelasah bapa sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Lee Ji Han antara terkorban tragedi Halloween Itaewon Lebih malang, seorang lelaki tiba-tiba naik ke atas pentas memarahinya dan merentap kolar baju pengurus Lee untuk bergaduh. Lee juga sebelum itu sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak penganjur dan peminat sebelum malam festival berkenaan berlangsung. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI