suria

Heidi Klum buat hal lagi! Tahun ini tampil sebagai cacing gergasi sempena Halloween

Heidi tampil dengan kostum pelik.

SETIAP tahun ramai menantikan kemunculan model terkenal Heidi Klum pada sambutan perayaan Halloween ekoran sering tampil dengan kostum dan imej pelik yang mendapat perhatian ramai.

Tahun ini, Heidi tampil dengan kostum sebagai seekor cacing gergasi sehingga kelibatnya tidak dapat dikenali dan hanya menampakkan matanya.

Apa lebih menarik, Heidi mendedahkan dia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan kostum berkenaan bagi memastikan ia dibuat dengan baik dan tanpa seperti cacing sebenar.

Heidi Klum memakai kostum cacing dan suami Tom Kaulitz mengenakan pakaian seperti seorang nelayan

Apatah lagi kata Heidi, dia perlu melakukan sesuatu yang luar biasa memandangkan sudah dua tahun mereka tidak meraikan perayaan itu disebabkan Covid-19.

"Saya mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan kostum ini kerana untuk memastikan ia dihasilkan dengan baik dan nampak real.

ARTIKEL BERKAITAN: Kostum Halloween Megan Fox sebagai Pamela Anderson jadi bualan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: “Pontianak pun pakai longgar-longgar” - Anak Azhar Sulaiman dikecam gara-gara seksi sakan sambut Halloween

Sementara itu, Heidi berkata, bahagian paling sukar untuk disiapkan adalah kepala dan ekor kerana dia mahu kostum itu kelihatan seperti cacing sebenar.

Heidi sendiri tidak boleh berjalan memakai kostum berkenaan malah terpaksa membuat temu bual bersama media sambil berbaring.

Heidi sebelum ini pernah tampil dengan kostum sebagai Fiona dalam sambutan Halloween tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain