suria

Jaya Bachchan tiada masalah kalau cucu mengandung anak luar nikah, keluarga berfikiran moden!

Jaya Bachchan tak kisah cucu mengadung sebelum kahwin.

PELAKON veteran Jaya Bachchan tidak peduli sekiranya cucu kesayangan iaitu Navya Naveli mempunyai anak luar nikah meskipun budaya di India memandang serong tentang perkara berkenaan.

Kata Jaya, dia tetap menerima kehadiran cicit tanpa bapa jika cucunya itu memilih untuk tidak berkahwin.

"Saya tiada masalah kalau dia nak anak tanpa berkahwin, saya tiada masalah dengan perkara itu," katanya.

Jaya Bachchan sangat sayangkan cucu.

Meskipun sedar dengan pandangan masyarakat apatah lagi keluarganya sangat terkenal di India, Jaya tidak pula dengan tanggapan orang lain terhadapnya.

Jaya membuat kenyataan itu ketika muncul dalam podcast Navya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu terkurung dalam hospital akibat Covid-19... Amitabh Bachchan sempat ‘update’ peminat di media sosial

ARTIKEL BERKAITAN: Alami simptom ringan, Amitabh Bachchan, Abhishek disahkan positif Covid-19

Menerusi perbualan podcast itu juga, Navya mendedahkan keluarganya berfikiran moden sehingga tidak berasa malu dan terbuka berkongsi cerita peribadi dengan ibu, Shweta Bachchan dan neneknya.

Bukan itu sahaja, Jaya turut menasihati cucunya agar tidak tertarik dengan susuk tubuh kerana ia tidak akan kekal lama.

Malah Navya meminta beberapa tip mengenai pecintaan agar berkekalan seperti datuk dan neneknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain