PELAKON Shah Rukh Khan berkongsi detik memalukan dalam hidupnya ketika menjalani rawatan akupunktur bagi melegakan kesakitan bahagian leher. Shah Rukh berkata, dia pada awalnya membayangkan lehernya akan dicucuk dengan jarum akupunktur namun sebaliknya yang berlaku. Pengamal perubatan alternatif itu mencucuk jarum di bahagian zakarnya dan menyifatkan ia pengalaman melucukan dan memalukan buat dirinya. "Apabila membayangkan bahagian leher yang akan dicucuk dengan jarum saya sudah mula rasa takut. Shah Rukh mendedahkan takut berjumpa doktor. "Tetapi ketakutan saya jadi berganda apabila pengamal perubatan itu mencucuk jarum halus itu ke bahagian alat kemaluan! "Boleh anda bayangkan rasa sakit itu? Saya menggigil sepanjang proses itu dilakukan," katanya. ARTIKEL BERKAITAN : Heidi Klum buat hal lagi! Tahun ini tampil sebagai cacing gergasi sempena Halloween ARTIKEL BERKAITAN: Batal persembahan hormati mangsa Halloween Itaewon, penyanyi Lee Chan Won kena serang peminat Tambah pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai ini, masalah sakit leher itu sudah dihidapinya sejak beberapa tahun namun takut mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang mendapat kesan sampingan. Disebabkan itu, dia mencuba rawatan alternatif selepas disarankan oleh rakan-rakannya. "Apa lebih melucukan saya tidak memahami apa yang dicakapkan kerana pengamal perubatan itu berasal dari bahagian timur India. Bahasa digunakan berbeza menambah kekeliruan saya. "Saya hanya menurut perintah apabila diminta tanggalkan pakaian sebab tidak faham apa dia cuba sampaikan," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI