suria

Park Ji Yeon umum bakal berkahwin dengan pemain besbol profesional

Park Ji Yeon bakal mengakhiri zaman bujang dengan Hwang Jae Gyun bulan Disember ini

PENYANYI kumpulan girlband T-ara, Park Ji Yeon mengumumkan khabar bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada bulan Disember ini.

Selebriti cantik ini memaklumkan secara terbuka bahawa dia bakal berkahwin dengan pemain besbol professional Korea Selatan iaitu Hwang Jae Gyun.

Pasangan ini mula bercinta sejak tahun 2021 lalu dan dilihat sentiasa bersama menyokong karier masing-masing

"Saya akan menjalani kehidupan yang indah dan bahagia dengan kekasih hati yang sentiasa ada dikala susah senang saya," tulis Park Ji Yeon pada salah satu foto yang memberi petanda dia bakal berkahwin.

Selain itu, pengurus Ji Yeon juga menyokong berita berkenaan dengan menyampaikan pengumuman yang sama kepada pihak media.

"Park Ji Yeon dan Hwang Jae Gyun bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 10 Disember depan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jang Nara akhirnya bergelar isteri, wajah dan identiti suami kekal misteri

ARTIKEL BERKAITAN: Hyun Bin dah ‘off market’, kini milik Son Ye-Jin

"Tetapi majlis ini akan diadakan secara peribadi dan akan hanya dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta pada hujung tahun 2021 setelah berkenalan melalui rakan masing-masing dan menjadikan hubungan keduanya lebih serius.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain