suria

Pendapatan terjejas sampai tak mampu bayar ansuran pinjaman, Jessica terpaksa jual rumah mewah

Jessica Iskandar akui pendapatan terjejas akibat ditipu rakan perniagaan

PELAKON Indonesia Jessica Iskandar dikhabarkan bakal menjual rumah mewahnya kerana pendapatannya terjejas gara-gara ditipu oleh seorang rakan perniagaan.

Berita ini dikongsi oleh Jessica yang mengatakan bahawa dirinya agak sukar untuk membayar ansuran bulanan dan membuat keputusan untuk menjual rumah mewah di Jakarta itu.

"Rumah saya di Jakarta itu bukan kecil dan bayaran ansuran bulanan juga bertahun-tahun.

Kesihatan Jessica terjejas kerana memikirkan masalah tersebut

"Jumlah bayaran bulanan agak tinggi dan saya hanya buat keputusan yang bijak untuk menjualnya," ujarnya.

Ibu kepada dua orang anak ini sedang menghadapi masalah kewangan gara-gara ditipu sebanyak RM2 juta dan berharap masalah yang dihadapi sekarang akan selesai secepat mungkin kerana hal ini juga telah menjejaskan kesihatannya.

"Saya berharap sangat masalah ini akan selesai dengan cepat sebab sejujurnya ia mengganggu masalah kesihatan saya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta kena jual! Jesicca Iskandar ditipu rakan, rugi lebih RM2 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Denis Chariesta dakwa Luna Maya suka tabur fitnah, dendam isu rampas suami Ayu Dewi

Dalam pada itu Jessica berkata keputusan untuk menjual rumah ini masih dalam perbincangan antaranya suami dan juga keluarga.

"Kami masih lagi berbincang bersama sepanjang perbicaraan ini berlangsung supaya tidak membuat keputusan yang salah.

"Kami tidak akan menjual rumah ini jika masalah dapat diselesaikan dengan cepat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain