suria

Elon Musk beli Twitter, akaun Amber Heard lesap! 

Tindakan Amber Heard memadam akaun Twitter telah menarik perhatian peminat.

PELAKON sensasi Amber Heard dilaporkan memadam akaun Twitter miliknya selepas bekas teman lelakinya iaitu usahawan Elon Musk mengambil alih platform media sosial popular berkenaan.

Berita mengenai 'kehilangan' pelakon berkenaan mula diperkatakan oleh warga Twitter apabila seorang pengguna laman sosial itu dikenali That Umbrella Guy memuat naik paparan skrin menunjukkan akaun milik Amber telah tiada.

"Nampaknya Amber Heard sudah memadam akaunya," tulisnya pada kapsyen hantaran tersebut.

Hubungan Amber dan Elon putus pada 2018 lalu

Ramai percaya tindakan bintang filem Aquaman itu ada kaitan dengan tindakan Elon mengambil alih Twitter kerana tidak mahu mencari sebarang masalah dengan bekas teman lelakinya.

Peminat aktres berkenaan turut bersetuju dengan tindakannya memadam akaun miliknya dan memberi fokus kepada membina semula kehidupan bersama anak di Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan digelar penipu, Amber Heard akhirnya pindah ke Sepanyol

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard tak peduli Johnny Depp bercinta peguam sendiri, sibuk cari wang bayar saman

"Saya sokong dengan tindakan Amber kerana dia jelas mahu mengelak daripada sebarang masalah dan menjaga dirinya sendiri.

"Mungkin dia tidak mahu peningkan kepala dan fokus mencari wang untuk selesaikan hutang saman dengan Johnny," komen pengguna Twitter.

Untuk rekod, Amber dan Elon pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2016 ketika masih bergelar isteri Johnny Depp namun mereka berpisah dua tahun kemudian.

Elon juga sebelum ini dilaporkan enggan menjadi saksi bagi pihaknya ketika perbicaraan Amber dan Johnny yang mendapat perhatian peminat di seluruh dunia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain