suria

Rocky mengaku bercinta, Park Bo Yeon pula kata hanya ‘teman tapi mesra’

Rocky dan Park Bo Yeon keluar kenyataan berbeza mengenai hubungan mereka.

ANGGOTA kumpulan Astro iaitu Rocky mengesahkan gosip dia kini sedang hangat bercinta dengan aktres Park Bo Yeon.

Pihak pengurusan Rocky dalam satu kenyataan memberitahu cinta di antara pasangan itu bermula apabila mereka bergandingan dalam sebuah drama berjudul Find Me If You Can.

"Sejak bergandingan dalam drama tersebut, Rocky dan Park sering menghabiskan masa bersama dan hubungan mereka semakin rapat dan mula menjalinkan hubungan cinta selepas penggambaran tamat," kata agensi berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dibantah pihak pengurusan Park yang mengatakan mereka berdua tidak pernah menjalinkan hubungan cinta.

Rocky dan Park Bo Yeon membintangi drama Find Me If You Can.

Sebaliknya, hubungan yang terjalin itu sekadar rapat sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.

"Pihak kami menafikan khabar angin tentang artis kami Park Bo Yeon dan Rocky sedang bercinta sebaliknya mereka berdua hanyalah rakan baik," kata agensi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Lee Ji Han antara terkorban tragedi Halloween Itaewon

ARTIKEL BERKAITAN: Park Soo Hong dikejarkan ke hospital, dibelasah bapa sendiri

Sementara itu, Rocky dan Park membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan tidak penting ketika Korea Selatan sedang berduka berhubung insiden Halloween Itaewon yang meragut 151 nyawa pada 29 Oktober lalu.

"Kami mohon maaf disebabkan berita ini yang mana negara sedang berada dalam keadaan berkabung dan bersedih di atas kejadian tersebut.

"Kami berharap kenyataan yang dikeluarkan ini dapat diterima peminat," ujar pasangan berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain