BINTANG TikTok Bella Poarch mendedahkan bakal bercerai dengan suaminya selepas empat tahun berkahwin secara rahsia. TMZ melaporkan Bella dikatakan memfailkan penceraian terhadap Tyler Poarch di Mahkamah Los Angeles baru-baru ini. Berita berkenaan mengejutkan peminat kerana Bella tidak pernah bercakap secara terbuka mengenai perkahwinannya itu apatah lagi berkongsi gambar suaminya di media sosial. Bella Poarch tidak pernah kongsi foto suami. Malah Bella tidak pernah dilihat memakai cincin perkahwinan. Dalam pada itu, sumber terdekat bintang TikTok tersebut memberitahu Bella memutuskan untuk bercerai selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan. ARTIKEL BERKAITAN: Twit terakhir Aaron Carter mahu jumpa Kanye West jadi tanda tanya ARTIKEL BERKAITAN: Adidas tamatkan kontrak, Kanye West kini jatuh miskin Malah Bella turut menyatakan perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan sebagai punca dia ingin bercerai dalam dokumen permohonan di mahkamah. Menerusi dokumen sama, pasangan itu tidak mempunyai cahaya mata dan Bella enggan membayar ganti rugi kepada Tyler ekoran dia memfailkan penceraian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI